Pejam celik...pejam celik dah lapan hari kita berpuasa...Alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk menyambut Ramadhan pada kali ini...sebelum tuh aku nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua muslimin dan muslimat...semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya...insyaAllah...:) tapi, nak berpuasa nih jangan lah lupa pulak nak berniat yer..hehe...
Niat-niat puasa:
Lafaz Niat Ringkas
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Lengkap
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Untuk Sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.