Korang semua pernah tengok atau rasa tak karamel ataupun dalam BI nyer Caramel..haha...aku nih memang jenis yang suka la ngan makanan2 macam nih..karamel, puding, dan sesaudara dengannya..wee....semalam aku dah try buat karamel telur...erm..first time buat..Alhamdulillah..jd la jugak..hehe...kalau korang semua nak try buat...cuba la ikut resepi yang aku bagi ni...kalau jadi Alhamdulillah...kalau tak, jangan salahkan bapa yang tak boleh nandong yer...hehehe...pasti ada silap serba sikit tuh..huhu...
Bahan-bahan
Gula pasir 3 sudu besar
Telur (saiz besar) 7 biji
Susu pekat manis 1 tin besar (505ml)
Garam 1 sudu kecil
Tepung kastard 2 sudu besar
Air 1 cawan (150-175ml)
Loyang saiz diameter 15-20cm
Cara-cara:
1.) Letakkan gula pasir kedalam loyang dan panaskan loyang dengan api sederhana kecil sehingga gula cair. Selepas gula cair, lenggangkan loyang tersebut untuk gula tersebut rata didalam permukaan loyang. Pastikan gula yang cair tidak terlalu kekuningan kerana akan mengakibatkan gula menjadi hangus pada waktu pengukusan nanti.
2.) Masukkan telur,tepung kastard, garam, air dan susu pekat ke dalam blender dan blender sehingga sebati. Lebih kurang 10 saat.
3.) Tuangkan ramuan yang telah diblender kedalam loyang yang gulanya telah beku dengan menggunakan penapis.
4.) Masukkan loyang kedalam pengukus apabila air sudah mendidih. Kukus dengan menggunakan api sederhana selama 30-45 minit.
5.) Apabila sudah masak, telangkup loyang tersebut kedalam pinggan yang leper.
Ini lah jadinya..tapi dah ada kesan cubitan..hehe..sapa punya keja tak tau la..heee...
Nota:
- Lebih enak jika dihidangkan sejuk.
- Anda boleh juga menambah Esen Vanilla atau Esen Pandan untukmendapatkan aroma yang lebih wangi pada puding tersebut.
- Bagi yang nak 100% telur tanpa tambahan tepung kastard, boleh
juga. Jangan risau, tetap menjadi puding anda itu. Cuma
teksturnya kurang gebu dan lebih padat. Namun tetap lembut dan
sedap.
- Kalau nak kurangkan manis, kurangkan la sukatan susu pekat
manis tu. Gantikan dengan susu cair dan tambahkan sedikit gula
supaya manis sedikit atau mengikut citarasa anda.
Selamat Mencuba...:)


